Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

BZ sedikit.

Oleh : AdukaTaruna Wa lepak kejap lepas menaip novel. Ada sedikit lagi untuk memasuki fasa terakhir cerita novel ni. Sikit-sikit pun banyak gak la. He. Dalam 20 muka surat kot. Epik sejarah. Sejarah tu memang dah ada, tapi wa memandai-mandai cipta sejarah baru menggunakan latar sejarah yang sedia ada. Hehehe. Ari tu lepak dengan member wa. Member wa cakap, novel wa ni golongan pembeli adalah sikit. Kalau wa tulis dalam BI maybe leh besar sket. Sebab orang Melayu tak minat baca yang berat-berat. Wa setuju. Tapi, jangan sampai syarikat penerbitan tolak novel wa sebab takder market sudah. Huhu. Banyak lagi buku yang super dupper berat diorang terbitkan. Sorang lagi rakan cakap wa punya novel klimak dari awal sampai akhir. Gear turbo. Wa cakap, wa guna pendekatan filem misi mustahil omputeh. Dari awal sampai akhir cemas jer. Hehehe. Maleh la wa nak guna pendekatan typikal Melayu. Membuai-buai gitu. He. Idea ni dah lama. Tak silap wa, sejak wa tingkatan satu. Masa tu mana la minat jadi penu

Baju bukan punca gangguan seks!

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/83672 http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/pakaian-putih-pelajar-perempuan.html Dalam menganalisis permasalahan ini, kita perlu kembali kepada umbinya. Fokusnya apa? Mari hamba senaraikan beberapa fokus dalam masalah ini. a. Gangguan seksual – Menarik minat si pemangsa. b. Gangguan seksual – Mendedahkan si pemakai kepada pemangsa. Di atas ialah pecahan fokus tajuk pemangsa. Si pemangsa pula terbahagi kepada kepada beberapa fokus lagi. a. Pemangsa remaja. b. Pemangsa dewasa. Memang ianya (pakaian putih berkain jarang) bukan faktor terbesar. Tetapi ianya tetap salah satu faktor. Dan faktor-faktor ini perlu ditutup walaupun faktor-faktor utama yang lain masih sukar ditutup. Kita tidak boleh menunggu atau berbalah perlu tutup yang sana dahulu (faktor), perlu tutup di sini dulu. Tutup sahaja setiap faktor yang mampu. Tidak jelas? Tidak mengapa, mari kita gantikan faktor pakaian putih b

Catatan Santai : Melayu Gaduh Negro.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm Pergaduhan Melayu vs Negro di Mantin ni, bagi orang Seremban, memang tidak hairan. Terdapat satu kolej antarabangsa di situ. Pelajar Negro di sana mendominasi kolej berkenaan. Mereka menyimpan perempuan di asrama tanpa mampu diambil tindakan oleh pak guard Melayu. Rakan wa pernah menyertai satu diplomasi memujuk negro-negro ini, untuk menyerahkan satu perempuan Melayu GRO. Dia ahli PEKIDA. Negro ini menyimpan Melayu GRO di kediaman mereka. Di kampung wa dahulu, terjadi juga peristiwa Melayu dengan Negro. Sekumpulan Negro yang dibawa oleh pihak polis telah melarikan diri di Bukit Putus. Akhirnya sampai ke kampung wa. Situasi cemas bagi keselamatan kaum wanita, sebaliknya meriah bagi remaja-remaja lelaki. Mereka berkawal dengan kayu dan besi di waktu malam. Kengkonon hero la tu. Hehe. Terbaru ini. Jadi, pergaduhan secara besaran i

Ezam : Main teka-teka.

Oleh : AdukaTaruna Hari ni wa nak bercakap bab UMNO. Wa selalunya malas bercakap bab UMNO ni. Wa banyak bercakap bab PAS. Bagi wa UMNO ni kelas terbodoh yang disembah oleh golongan terbangang. Setelah wa membaca sana dan membaca sini, wa nak teka teki, teka tekuk dengan Ezam ni. 1. Adakah Ezam agen DSAI? Kalo kita rujuk sejarah, sebuah organisasi Melayu yang berseteru dengan sesebuah organisasi sama ada Melayu atau tidak, belum berlaku lagi. Kata lainnya, Melayu belum cukup berani atau berkemampuan lagi untuk melakukan teknik ini. Sejarah peperangan Sultan Bangang Melayu negeri A, lawan Sultan Bengap Melayu negeri B, belum ada lagi mana-mana negeri itu menghantar agen ke negeri seteru mereka. Yang ada hanyalah melalui bangsa Inggeris. Jadi, wa tak fikir sama ada gen Melayu bernama DSAI ataupun si agen itu sendiri, gen Melayu bernama Ezam berupaya atau berani melakukan ini. 2. Ezam kecundang dalam istiqomah. Bagi wa ini adalah tepat. Perjuangan PKR adalah perjuangan individu sebenarnya.

4 Syarat Untuk PAS Sertai BN.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Wa tak pasti tentang ini. Pelbagai sumber khabar angin yang mengatakan ini. Sehinggakan wa berfikir adakah pemergian TGNA ke tanah suci adalah untuk memikirkan tentang ini? Hati wa berbelah-bagi. 70% tidak setuju dan 30% setuju. Walaupun UMNO mengisytiharkan akan komited terhadap Islam. Wa harap PAS fikir dengan teliti, bukan sahaja rujuk sirah kenabian, tetapi juga sirah sendiri. Kemasukan PAS ke dalam UMNO, wa ramalkan akan mengundang perpecahan kepada organisasi berdaftar bernama PAS ini. Akan wujud beberapa parti serpihan bermula dari ketidaksetujuan keputusan itu. Selepas terpecah 2, satu golongan yang setuju untuk menyertai BN, satu golongan yang tidak setuju, PAS wa ramalkan terus terpecah lagi akibat perbezaan kepimpinan dalam menetapkan hala tuju parti-parti baru. Sekiranya PAS mahu juga. Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak terjangkau oleh pengetahuan golongan seperti wa, wa harap PAS pertimbangkan syarat-s

Ezam Adalah Saudara Tajuk Kemanusiaan, Musuh Tajuk Politik.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui. Sah! Ezam menyeberang ke dalam UMNO. Perhatikan perbezaan ini wahai pemikir PAS. Ianya penting! 1. Cara Ezam menyeberang adalah menunjukkan dia mempunyai satu tilam peringkat tertinggi. Yakni dia disambut oleh Paklah. 2. Roslan Kasim menyeberang dengan tilam kedua tertinggi. Yakni melalui Najib. 3. Ahli biasa menyeberang dengan tilam murah. Disambut Menteri Besar atau Ketua Cawangan. Ini bermakna, kemasukan Ezam didorong sokongan penuh manusia tertinggi negara. Muslihatnya? Tidak diketahui. Nantikan kenyataan PKR. Sekarang, PAS hanya perlu menumpukan tugas yang diamanahkan. Jika didatangi media, hanya jawab seperti tajuk artikel ini. Dari sudut kemanusiaan, seperti BN yang lain, mereka adalah saudara dan sahabat. Dari sudut politik, mereka adalah cabaran. PAS tidak perlu terburu-buru mencampuri urusan jiran strategiknya, PKR. Hanya lihat dan perhatikan, apakah kenyataan pimpinan PKR terutama DSAI. Berdiam diri atau sebaliknya.

Ingin Bertanya. Bidang penerbitan buku.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Salam kepada pembaca. Wa ingin bertanya kepada mereka yang arif mengenai bidang penerbitan ilmu ini. Harap ada yang sudi kongsi ilmu. Begini. Wa skang mencuba bidang baru. Yakni bidang penulisan novel. Wa sudah memulakan novel wa ini dan sekarang siap dalam 90%. Jadi, wa ingin bertanya kepada sesiapa yang mengetahui prosedur atau tips atau apa sahaja mengenai dunia penerbitan buku ini. Di bawah ini wa sediakan antara persoalan wa sebagai orang zero dalam ni. Mungkin kelakar bagi orang yang lama dalam bidang ni, tapi harap lu orang leh share kat wa dan seterusnya kepada mereka yang membacanya. Terima kasih. 1. Wa tulis dalam word. Adakah perlu ada software apa2 sebelum kita menemui mana-mana syarikat penerbitan? Kalau word, guna font apa, saiz berapa, spacing berapa? (mesti lu orang gelak guling2 nih. Hehehe) 2. Macamana kita nak protect tulisan kita? Sebab bimbang jika di bawa ke syarikat penerbitan, tetapi r

Masalah Analisa Lebih Besar Dari Fatwa Gelang Magnet!

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pendahuluan. Kali ni hamba ingin membincangkan bidang agama. Walaupun hamba bukan ahlinya, tapi hamba bercakap dalam tajuk yang lebih besar dari itu. Taktikal. Sila sediakan kopi sebelum membaca. Baiklah. Begini. Hamba membayangkan hamba adalah manusia yang cenderung ke arah bidang ini. (Taktikal) Contohnya, hamba boleh melukis, tetapi lukisan dalam tajuk taktikal. Seperti plan, bangunan, kejuruteraan. Benda-benda yang objek. Tetapi sangat lemah dalam lukisan yang bukan taktikal. Seperti abstrak, motif bunga la, batik la, dan sebagainya. Jadi, hamba hanya bercakap dalam kecenderungan hamba. Para pembaca, sila lah menapisnya sendiri. Menetapkan keputusan. Hamba percaya secara peribadi, cara manusia itu menetapkan sesuatu keputusan adalah berbeza-beza. Dan untuk pembahagian yang lebih mudah, hamba membahagikannya kepada gen atau bangsa. Hamba percaya, setiap gen akan mempunyai kebolehan membuat keputusan yang be

Pakaian Putih Pelajar Perempuan.

Oleh : AdukaTaruna Hari ni wa nak berkongsi rasa tentang isu pakaian sekolah nih. Cantet gak saranan dari persatuan tuh. Secara jujur lagi ikhlas, wa akui, tanpa tudung yang melabuhi dada, wa pon tertarik. Kalau wa dah tertarik, wa rasa amdang81, berg, uma, dan lelaki semua yang normal pon tertarik gak. Hehehe. Nafsu lelaki. Skang wa membahagikan nafsu lelaki. Terbahagi kepada 2. Orang lama, dan remaja 'baru naik'. Lain maa. Lu tak caya sudah. Wa bab memerhati nih cukup suka. Meh wa bagi satu contoh. 1. Cuba lu imbau mase memula lu dapat motor or naik motor. Masa remaja. Ghairah. Laju gile lu bawak. Panas baran. Skang? Dah naik muak dah. Kalau buleh nak naik skooter jer. Peras jer minyak. Tul tak? 2. Cuba lu tengok mase zidane / ronaldinho / hendry main kelab utama. Dari kelab bawahan ke kelab dunia. Ghairah gile. Velintino rossi mase memula. Asyik menang jer. Skang? Dah tiada keghairahan. Main senang jer. Passing sana, passing sini. Setuju? Hishamuddin. Si mamat gen Melayu ni

Email Dari Penyokong TDM Kepada Wa.

Oleh : AdukaTaruna Wa ada terima email dari saudara kita sebelah UMNO. Wa lambat buka email. Tapi wa nak raikan suara beliau di blog wa. TGNA dengan wa bagai langit dengan bumi ma. Hikmah dia, kesabaran dia. Macam2. Hehe. Tapi, wa setuju dengan saudara UMNO kita ni. Harap lu teruskan contohi TGNA. Wa jangan sesekali. ********************** Email dari saudara UMNO. assalamualaikum hamba Allah... pertama sekali ingin saya memohon ampun kepada Allah S.W.T jika kata-kata saya ini melukai hati anda dan jika menjadi dosa kepada-Nya... Ingin saya memberitahu saudara bahawa apa yang saudara katakan ini pastinya amat mengguris hati saya serta ahli-ahli UMNO yang amat sayangkan mantan Perdana Menteri kita... merujuk kepada tajuk Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhadap Mahathir. Ingin saya tegaskan di sini bahawa perkara yang berlaku kepada Tun mahathir telah meruntun hati kebanyakan rakyat Malaysia yang datangnya dari kekejaman dan kepentingan diri pemimpin sekara

Bantahan Kepada PAS.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Pertama, diakui bahawa kelayakan wa untuk membuat bantahan ini kepada PAS agak jauh. Ini kerana wa bukan ahli PAS. Cuma di atas tiket pengundi PAS. PAS telah menunjukkan kematangan demi kematangan atas kerangka universalnya. Wa memang caya. Sentiasa bersih, tulus dan ikhlas menerima sesiapa sahaja ke dalam wadah yang diperjuangkan PAS. Selepas Ibrahim Ali, TDM, kini Ezam pula. Ok. Wa tiada masalah berkenaan itu. Cuma wa ada bantahan sedikit dalam tajuk ini. PAS seumpama gedung intan. Dalam situasi perjuangan Islam di Malaysia, dalam satu-satu wadah, pasti akan ada golongan yang ALLAH pilih. Dalam wadah politik Islam, PAS adalah golongan yang terbaik di antara golongan lain yang mendakwa memperjuangkan politik Islam. Atau ayat lainnya, PAS adalah golongan yang sedikit buruk berbanding terburuk yang ada. Jadi, mungkin sebab PAS pilihan ALLAH, maka, ALLAH mengurniakan PAS pelbagai kategori intan. Dari

Tahniah Malaysia. Tahniah UMNO, Tahniah Melayu.

Oleh : AdukaTaruna Wa hari ni agak letih sket. Cuma nak ucapkan tahniah kat 3 di atas ni. Pertama sebab bagi Singapore kat orang. Bangsa lain pun pelik. Kedua bagi lagi pulau lain plak. Pastu bagi lagi WPI plak. Pastu bagi lagi... pastu bagi lagi.... adeh... Harapan wa, kalau si UMNO ni kalah, harap-harap buku teks sejarah tu tulis balik la. Meluat plak wa. Sibuk dengki sesama sendiri, terlepas benda lain. Rasa cam nak mencarut pun ada. Sebijik macam kuceng wa yang gangster nih. Wa ada 3 ekor kuceng. Paling otai warna oren. Umur 8 tahun. Parut sana sini. Telinga satu dah cacat sebab bergaduh. Balik rumah sekali dua sehari jer. Tu pun time lapar atau boring. Kuceng yang paling kecik umur ntah bapa tahun ntah. Sebab wa kutip. Kesian tgk dia kecik2 dah kena buang. Warna putih. (Citer bab kuceng plak. Hehe) Tapi kecik lagi la. Masih zaman kanak-kanak riang. Nak jadikan citer, tadi, ada sekor riang-riang masuk rumah wa. Main-main kat lampu kalimantang. Wa tengah lepak tengok tv3 suku. Buny

TGHH : Isu Bloggers.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan 1 : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10283 Rujukan 2 : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14534&Itemid=28 Petang ni wa nak bercakap tentang isu kecil ini. Bagi wa kecil jer isu ni. Lu nak sound bloggers ke, nak alu-alukan bloggers ke, tiada tiada kesan kat blogger yang baru terkial-kial membloggerskan diri, ni. Hehehe. Cuma mungkin ia ada kesan kepada bloggers taikun tanah air. Memula ce lu orang klik rujukan 1. Study. Tengok cara penyampaian berita itu. Dan tengok penyokong TGHH mempertahankan kenyataan TGHH yang dilaporkan. Hehehe. Kita leh tengok berbagai standard pemikiran di situ. Penyampaian berita. Setahu wa Tarmizi Mohd Jam tu orang lama dalam penulisan / kewartawanan tu. Walaupun begitu, bukanlah wa bermaksud dia salah lapor atau betul lapor. Sebab bukan wa berada di situ. Ucapan TGHH pun tak sampai sepenuhnya kepada kita. Cuma apa yang wa nak ulas ialah

Bacaan Berat : Mencilok Negara Islam.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Dan Maha Ego. Pertamanya, sekiranya anda hanya memiliki fikiran ringan, sila abaikan artikel ini. Baiklah, sudah banyak kali, terutama akhir-akhir ini, adanya dedahan PKR / DSAI yang menolak Negara Islam. Dedahan yang bertujuan meretakkan perpaduan Barisan Rakyat ini hamba lihat gagal dijawab dengan baik oleh para penyokong PAS. Jesteru itu, hamba berpandangan adalah amat bahaya juga sekiranya tiada penjelasan yang diberikan kepada mereka ini. Jadi, hamba cuba menjawab atau memberikan penjelasan, berkenaan pertembungan ini. Walaupun tidak semestinya tepat, sekurang-kurangnya, inilah jawapan yang mungkin boleh menunjukkan jalan menuju ke arah menubuhan Negara Islam. Namun, buat masa ini, hamba berpendapat, biarlah ‘nobody’ dalam PAS yang bercakap isu ini, buat masa ini. Penubuhan Negara Islam. Penubuhan Negara Islam yang syumul, hamba cuba katakan sebagai cubaan memudahkan pemahaman, ialah Pengurusan Islam + Undang-undan

Abah Wa Pantang Wa Mandi Lombong

Oleh : AdukaTaruna Dulu, mase wa bebudak, wa macam budak-budak lain gak. Nakal. Dalam banyak-banyak kenakalan, abah wa paling pantang kalau wa mandi lombong. Tapi best woo mandi lombong. Dulu mana ada kolam renang. Kalau mandi lombong, ada kesan yang susah nak sembunyikan. Badan akan kepoh2 (kesan2 lumpur). Kalau silap mandi, tak sabun betul2, bila badan dah kering, tanpa disedari kepoh2 tu akan timbul. Time ni la kantoi. Kena getah paip warna merah. Satu lagi mata akan merah. Yang ni memang tak boleh hilang. Setelah disoal-siasat, kena lagi getah paip warna oren plak. Padan muka wa. Namun, ianya tidak memadamkan keinginan wa mandi lombong. Paling best bila menang lumba renang, menang tahan nafas dalam air, main perang2 lumpur. Buat aksi rambo yang nyorok dalam lumpur dan sebagainya. Bila mandi lombong, dan balik rumah, maka, wa menjadi tak tentu hala. Memula panjat bukit. Tengok ada tak motor vespa abah wa. Kalau takder, cantek. Pastu menyelinap dalam jamban rumah. Jamban wa pintu di

Kepada Penyokong PAS Dan Penyokong Maza

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang. Latar Belakang. Pertamanya maaf kerana isu ini mengundang sedikit pergolakan sesama kalian. Terlalu banyak yang perlu direnungkan dalam peristiwa ini oleh kita bersama, terutama saya sendiri. Nanti kita akan bincangkan antaranya.Baiklah, begini. Saya mengishtiharkan saya bukan ahli PAS berdaftar. Walau saya ada juga mengambil bahagian dalam program-program PAS, aktiviti-aktiviti PAS, kerja-kerja masyarakat oleh PAS, namun saya tidak menjalani proses tarbiah oleh PAS secukupnya. Saya lahir dalam masyarakat dan keluarga UMNO. Dan saya mengetahui mengenai PAS semasa berada di asrama Politeknik Port Dickson. Tingkatan 4 tahun 1997. Pelajar senior yang hatinya rapat dengan masjid ketika itu adalah majoritinya dari Kelantan. Di sini lah saya mengenal PAS. Dan saya mengkaji sendiri melalui Harakah yang saya beli di Terminal One setiap kali ‘outing’. Dan Harakah itulah yang saya bawa dan tinggalkan di rumah apabila saya

Kalaulah Barisan Rakyat Ada Team Media Agresif

Oleh : AdukaTaruna Barisan Rakyat wa rasa perlu wujudkan satu team wartawan 'kering'. Macam Karam Sigh Walia la. Donet la duit dari 5 negeri Barisan Rakyat bayar gaji team ni. Kerja team ni menyerang jer. Tapi bukan kasar dan kurang ajar la. Cuma kaedah serangan. Barisan Rakyat cuma ada 4 tahun sahaja lagi ni. Meh wa membayangkan satu situasi. 128 kanak-kanak hilang. Jawapan parlimen. Team media ni, terus pergi cari budak poyo yang buat laporan polis tentang kegagalan Selangor laksanakan manifesto tuh. "Hari kita kita akan menjejaki pemuda ini. Sekarang kita berada di Shah Alam." Buat macam program realiti tu. Kamera goyang2 sket. Kasi suspen sket. "Alhamdulillah. Kita sudah berjaya menemui beliau. Kita akan tanya sama ada beliau mahu membuat laporan polis atau tidak kerana manifesto BN ialah aman, selamat dan makmur. Kehilangan 128 kanak-kanak menandakan kegagalan BN melaksanakan manifesto mereka." "Assalamualaikum. Saya dari media alternatif ingin be

Wa Ingat Sheikh Muszaphar Dah Insaf.

Oleh : AdukaTaruna Salam bro Sheikh Muszaphar. Kalau lu terbaca ni, lu jangan marah plak. Wa bercakap atas tajuk, ok. Yang lain-lain lu lebih hebat dari wa. Wa Ingat Sheikh Muszaphar Dah Insaf. Sebab kata angkasawan kedua membazir. Yang pertama secara percuma. Memang perlulah. Sebab dah pakej. Maka, mengamuk ka Kapten Faiz. Yerlah, peluang nak g ke angkasa. (motif peribadi sungguh) Alih-alih, skang, dia suruh kerajaan beli soyuz si kapsul tuh. Gilo apo. Duit mak bapak, sanak keluarga Malaysia ni nak belanja beli benda alah sentimental value lu tuh. Wa harap Ibrahim Ali kasi basuh sket mamat ni. Sebab lu hensem dari yang lain jer, lu terpilih, bro. Selain lu Melayu. (Melayu ke lu?) Pada wa la. Sebab pakej hensem lu, leh jadikan lu ikon kebanggaan nasionalime. Cuba wa masuk, mesti .... wa pun kalah. Nasihat wa, dah la bro. Soyuz si kapsul manjakani tu, bio jer la Russia tu wat tukun. Kalau nak beli, tunggu jadi besi buruk dulu, baru beli sebagai besi buruk. Takder pekdah langsung. Setak

Syiah vs Sunnah.

Oleh : AdukaTaruna Hari ini kita bercakap bab Syiah dan Sunnah. Pertama, wa bukan ahli agama. Wa adalah mat rock. Meh sini kongsi pandangan dari seorang mat rock. Mat rock yang melontarkan perasaan berbulu dengan isu tak abes-abes ni. Lu orang yang membaca, sila rujuk kepada yang ahli. Jangan main kutip plak. Sunnah. Majoriti kat Malaysia ni mengaku ahli sunnah. Diorang kata diorang betul. Syiah sesat. Masalahnya macamana nak tahu yang sunnah ni dijamin betul-betul sah? Bukannya ada Nabi Muhammad yang sahkan. Syiah plak. Diorang kata diorang betul. Sunnah sesat. Masalah yang sama. Kalau sunnah bawa sekian dalil Al-Quran, sekian hadis, Syiah pun bawa yang sama. Kalau Syiah bawa sekian sejarah, sunnah pun bawa sekian sejarah. Ah sudah. Pening mat rock macam wa. Meh kita fikir jap. Skang cuba lu jadi Syiah jap. Datang ke sini melihat sunnah. Ahli PAS la. Tak pon ahli UMNO. Dengan merokoknya, dengan rasuahnya. Dengan berbunuhan sesama sendirinya (Memali, Batu Buruk, etc), dengan t

Man U Akan Kalah Minggu ni!

Oleh : AdukaTaruna Chelsea menang. Sebab : 1. Pakar taktikal Man U, Khairy sibuk bantu babah dia dari serangan Tun sepanjang minggu ni. 2. Peperangan Air Asia - MAS mengganggu tumpuan Man U apabila Air Asia menggugut melakukan penerbangan rendah di stadium Moscow. Tak caye tengok la. He...

Bila Queen Mati, Banyak Lubang Serang.

Oleh : AdukaTaruna Barisan Rakyat boleh duduk di belakang NGO untuk mengaturkan satu forum atau seumpamanya, di mana, menghimpunkan beberapa individu ini untuk melepaskan suaranya. 1. Tun Dr Mahathir. 2. Rashid SPR. 3. Sanusi Junid. 4. Tengku Razaliegh 5. Shahidan Kasim. 6. Mukhriz. 7. Khir Toyo. 8. Ishak bekas ADUN Lenggeng. Buat live di internet. Pasti bergegar. Kalau nak glamer, forum ini dianjurkan oleh www.tranungkite.net. Moderator majlis ialah nosferatus. He...

Apa Lagi Presiden PAS / DSAI / LKS

Oleh : AdukaTaruna UMNO ialah tonggak BN. Sekarang ini, memandangkan kapal BN dah patah tonggaknya, serulah mana-mana kompenan BN untuk menyertai Barisan Rakyat. Bersama memulihkan Malaysia. Bersama memacu Malaysia. Bersama memutihkan Malaysia. Sekarang bukan masa nak gaduh-gaduh. UMNO ni jahat ya amat. Kemungkinan untuk sabotaj peluang 'kebebasan Malaysia' adalah tinggi. Jadi, tarik kompenan BN menyertai Barisan Rakyat. Apabila ini berlaku, sebarang perbuatan sabotaj tidak mendapat kerjasama pihak-pihak lain. Atau kata mudahnya, UMNO sabotaj sorang-sorang diri. Bagi pihak PAS, jangan ungkit Negara Islam waktu ini. Waktu nak tarik kompenan BN kepada Barisan Rakyat. Biar Wan Azizah jadi PM dulu bertonggakkan DSAI. Selesaikan satu-satu masalah, stabil dan sebagainya, barulah mana-mana MP Keadilan beri peluang DSAI bertanding PRK. Atau Wan Azizah sendiri letak jawatan untuk kembali seperti dulu. Then, barulah Kelantan tuntut segala hak-hak yang dinafikan selama ini. Berapa jumlah

Penyokong PAS Adalah Duta Kecil.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Dan Maha Ego. Penyokong PAS bermakna umum. Ahli berdaftar yang aktif, ahli berdaftar yang pasif, bukan ahli berdaftar yang aktif dan juga bukan ahli berdaftar yang pasif. Semuanya ini diletakkan di bawah kategori yang satu. Yakni penyokong PAS. Sudah puluhan tahun PAS ditubuhkan. Melalui beberapa fasa. Namun, pada pandangan hamba, focus atau cara fikir penyokong PAS tetap berada dalam standard atau kelompok Melayu. Kata kuncinya mudah. Asingkan sesuatu itu mengikut tempatnya. Tetapi, mempraktikannya, mengaplikasikannya tidak semudah itu. Penyokong PAS, Anda semua ibarat duta kepada organisasi Islam ini. Andalah imej pertama kepada mereka yang bukan penyokong PAS. Puluhan juta berbanding anda. Mereka ini dipengaruhi oleh sumber konvensional. TV, radio, akhbar dan sebagainya. Jadi, anda perlu sentiasa berada di sudut mereka. Bagaimana mahu mempromosikan organisasi anda. Penyokong PAS, Apabila menyebut PAS, terdapat 2 taju

Jika Saddam Sembunyi Dalam lubang, Mahathir Mungkin Juga.

Oleh : AdukaTaruna Pertamanya, ini bukanlah berdasarkan fakta. Tetapi berdasarkan imaginasi. Mula-mula TDM nak jumpa Najib. Takut ada halangan, TDM pun umumkan Paklah halang Najib jumpa beliau. Pendek cerita, berjayalah TDM jumpa dengan Najib. "Najib oh Najib, apa.. nama.... cek boleh naikkan hang jadi PM. Tapi hang kena janji dengan cek na. Apa nama.... bila hang jadi PM, hang kena padamkan dosa-dosa cek." "Beres.. saya dah lama teringin dah tu." Selepas jumpa Najib pun buat kenyataan. Kes Linggam tidak semestinya berakhir dengan pendakwaan. Kemudian, TDM pun keluar UMNO. Bagi tekanan kat Paklah. Kalau buat PRU, kompom kalah mengikut PRU12 lepas. Silap2 lebih kalah lagi sebab Sabah dan Sarawak dah tersedar. Paklah pun fikir gak. Kalau dia letak jawatan, dia selamat. Kalau PRU13 kalah dia akan teruk. Wooo... susah ni maa.... Kalau prestasi kekalahan tu hampir sama, Paklah terpaksa lalui tekanan seperti mula-mula keputusan PRU12 itu sekali lagi. Jangan bimbang, Pakl

Cadangan Kepada Mahfuz.

Oleh : AdukaTaruna Salam bro. Sempena isu panas yang menggegarkan negara, yakni TDM keluar UMNO, apa kata bro tanya soalan di parlimen tentang Institut Pemikiran Mahathir. Berapa kos, perbelanjaan, hasil / pulangan setakat ini. Hehehe.... Buat media alternatif, kalau boleh atau sesuai tanya Mukriz sekali sama ada seruan ayah untuk keluar UMNO atau parti yang lebih penting. Sebab Mahathir dulu ayik cakap individu tak penting, yang penting ialah parti. Cadangan jer bro...

Kita Sedang Menyaksikan Live Mahkamah ALLAH Terhadap Mahathir.

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Maha Besar Lagi Maha Ego. Selepas masyarakat dunia menyaksikan bagaimana ALLAH menghina Saddam yang dihancurkan oleh kumpulannya sendiri, yakni USA, kini masyarakat Malaysia pula menyaksikan secara live and exclusive! Bagaimana ALLAH yang maha ego ini menjalankan perbicaraan terhadap Tun Dr Mahathir. Perbicaraannya disaksikan oleh para generasi yang dibentuk olehnya sendiri. Yakni mereka yang lahir pada tahun 1981. Antaranya ialah hamba sendiri. Apa yang berlaku ini semakin mengukuhkan untuk hamba meletakkan Ustaz Fadhil Noor sebagai manusia genius. Belasan kezaliman yang dilakukan oleh manusia ini. Manusia yang diagungkan oleh genetic Melayu. Pembunuhan belasan muslim di Memali, penderaan terhadap ulama, gerak kerja melemahkan gerakan Islam, pembunuhan terancang, bapa segala kepincangan, bapa segala rasuah. Memang benar, banyak juga jasanya terhadap Malaysia, tetapi itu sudah kewajipan dan amanah. Manakala kemungkaran / kezaliman yang

Dear Karpal and supporters.

Oleh : AdukaTaruna Terjemahan : Fansuri In the name of ALLAH, the Most Beneficient, the Most Merciful. Good day to you sir Karpal. May you be in the pink of health with your lovely family and avid, loyal supporters. :) I am writing this letter for I feel intrigued by your lavish attention towards the Barisan Nasional (BN) and the central UMNO division especially in the time of crisis such as now. It makes me wonder, which one is your focus to channel your energy towards 'freedom' in our country? Focus towards PAS or BN? On the other hand, one needed to ask, just how much country reserves that PAS has mishandle? Just how many non-muslims has PAS deliberately make them dissapear? I wonder.... :) Dear Sir, In my humblest opinion, your perception towards PAS needs to be postponed. Solve each problems as they come, one by one. Utmost important, as one should know is to free the people's right from the autocracy and atrocities of UMNO. If Barisan Rakyat (BR) should