Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini – bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.
Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.
Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.
Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.
Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.
Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.
Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.
Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.
Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.
Wa npk yg buat kecoh tu geng2 yg pkai songkok.. Cmne geng ni blh terlps msk. Yg lain2 npk relax aje. Mslh yg pkai sngkk, yg ikat rmbut n pkai spek itam yg buat kecoh ni..
ReplyDelete-pendekar laut-
Smua dah diupah bro. Bkn susah sgt nak sabotaj prog camni. Dah mmg hati org UMNO dibentuk begitu. Dah acuannya begitu.
ReplyDeleteSedangkan dlm mesorat Bahagian pun b'tempur sesama mrka, lg lah bila b'depan dgn PR. Ke mana la hala tuju akhirat org UMNO nih.
bagi w sepatutnya kerajaan negeri ketatkan lagi hadirin yang join dialog tu.... camni la jadinay kalau pepuak lembu tu masuk majlis... hanco majlis..... sedangkan musorat cawangan pun asyik gaduh jer....
ReplyDelete-abanghensem
Kau lihatlah sendiri Aduka, tak payah ko nak sepin-sepin lagi wahai Dak Taruna! insaflah..
ReplyDeletekdg kdg wa heran gak kpala otak orang UMNO, penyokong depa nih.. entah apa depa pikir entah..isu sensitif antara agama kena ler handle with care.. Kuil Hindu tu mmg dah setuju dipindahkan, jadi apa masalahnya? Tu depa ingat depa buat elok dah? Depa ingat cara melalak maki hamun agama Hindu tu ler pertahankan Islam? Lain ler orang Hindu nak rosakkkan/kotorkan masjid & seumpamanya..ni takdak kes.
ReplyDeletecommotion besenya pasal ada yg marah-2, tak puas hati...tu normal la..kira cun dah tu PR atau PAS S'ngor buat majlis camtu..gentlemen gak ler. BN wa tak ingat depa ada buat dialog camtu..habih-2 statement pemimpin kat press yg biased...kecoh tu biasa la, tapi baik kita tengok puncanya, penyelesaian semasanya, natijah perbuatan ala samseng tu. Sah ler tak berakhlak & tak leh setel apa-2 kalau perangai camtu.
Ingat! Insaf tu dasar ajaran Islam..balik ikut kehendak Allah...jadi sapa yg perlu insaf dlm hal ni?
Lu pikir ler sendiri brader...hehe.
ok..moga kita terus diberi hidayah.