Skip to main content

Mood Bagan Pinang masih gear P.

Oleh : AdukaTaruna

Hasil pemerhatian gua yang beberapa kali berulang-alik, serta maklumat Derih yang menetap di sana, mood Bagan Pinang masih di gear P bagi warga Pakatan Rakyat, terutama PAS. Program ceramah tidak dipromosi dengan baik, kehadiran mengecewakan, bantuan penduduk tempatan juga dilihat dingin. Maybe masih diganggu mood raya.

BN pula, melalui kekuatan duit, telah menggerakkan petugas mereka menaikan bendera dan paling penting banner2 masej telah direntang lebih awal. Projek2 yang tertangguh dan tidak wujud sudah mula bergiat. Ada projek yang sudah semak-samun bertahun2, dibersihkan, dan dinaikkan papan kenyataan. Maybe menanti masa calon BN merasmikannya.

Bagi PAS, di peringkat pusat, fokus diganggu Hasan Ali sebagaimana setiap kali PRK yang lalu. Gua tak tahu bila PAS mahu memasuk gear 1 untuk bergerak. Manager Bagan Pinang, si Salehuddin pun belum start lagi. Penamaan calon PAS akan dilakukan di Pejabat DAP sendiri 29hb ini. Maybe dari situlah bermulanya gerakan demi gerakan. Atau mungkin, Bagan Pinang perlu menanti campur tangan blogger2 berpengaruh yang hadir bermula Isnin ini?

Comments

  1. ilex arrr.... PR dah selesa sekarang ...... apa nak risau lagi..... lagi pun PR yakin boley menang PRK ni..... orang lain tak payah la nak ajar.... pemimpin² PR dah tau apa nak buat..... 4 negeri kami dah boleh perintah.... apa nak risau lagi..... dah banyak dah pengalaman memerintah.... blogger² nyamuk ni baik dok diam² la....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. assalamualikum...
    saye ni selalu bkk blog saudara..
    saye ni blogger muda...
    umur baru 16 tahun...
    saye baru dalam blogger ni...
    kalau boleh, senaraikanlah blog saye di senarai pautan blog saudara supaya blog saye lebih komersal...
    saya tidak memaksa..
    takbirrr...

    ReplyDelete
  3. mungkin nanti dia start terus masik gear 5 sapa tau... apapun selamat berjuang semua jentera PR aku hanya mampu menyokong dr belakang jer... insyaAllah akau akan pi jengok gak kat sana.

    ReplyDelete
  4. Adukataruna tak perlu runsing.Presiden PAS dan S/U Agongnya Mustafa Ali baru lantik Pengarah Geraksaraf baru bernama Abu Bakar Chik.Walau pun dia ni tak mampu nak tawan Trengganu dalam 2 pilihanraya tapi Presiden dan S/U Agong PAS yakin akan kepakaran dia ni.Tunggu sajalah apa "pakar" ni akan buat.

    ReplyDelete
  5. dah sah dasar Presiden PAS skrang agak mendatar..lantik pun yg bukan 'ahli'nya...hanya kroni especially kalu dia dr orang Trengganu kite...dah bersepah-sepah dlm PAS Pusat..ya bukan salah dosa lantik/pilih orang Trengganu pung tapi hagak-2 ler...orang lain ada yg lebih layak, lantik ler/pilih ler..biar pun geng/ahli kena utamakan kepakaran & background e.g sejarah kemenangan, momentumnya dll...sure lingkup PAS camni dlm 2,3 tahun ..Bagan Pinang kalah wa x heran langsung pasal wa rasa pun BN menang...tapi arghhh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.