Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Gila nombor

Gila nombor ni pekerjaan ularma dan seltan jer. pas12 la.. pas17 la.. semua ada dalam kitab. Sebab kitab gua yang tulis. Khaahhkk ptuih!

Beza aktivis dan politis

Oleh : AdukaTaruna [1] Istilah politis tu betul ke tak dari tatabahasa, gua belasah jer la. N3 ni gua nak kongsi pendapat beza di antara aktivis dan politis. Ramai politis hari ini lahir dari aktivis. Kemudian, apabila memegang amanah yang berat, peratus aktivis secara tenaga menurun. Namun, gua percaya, jiwa aktivis mereka masih wujud. Melalui bantuan, tunjuk ajar kepada aktivis lain, terutama pelapis baru. [2] Ramai juga aktivis yang segan menjadi politis. Sejak Allah memaksa gua keluar melalui asbab Sultan Johor, gua belajar dari banyak pergaulan. Untuk tajuk [2] ini, gua nak share satu kisah. Ada satu parti politik yang menguruskan kerajaan sedang mengadakan sebuah program. Gua dan beberapa rakan gua, aktivis Palestine, terbabit secara tidak langsung. Sementara program bermula secara rasmi, rakan dari parti politik mengajak gua lepak dalam bilik meeting. Ada aircond, air minum. Gua setuju. Pasal niat gua nak tido kejap. So, gua tak ambil port la apa situasi pun. 15 min

Video W4R #1

Najib blah lepas pengunjung maut, 10 cedera.

Ulasan dalam penat. Walk 4 R edisi pertama.

Oleh : AdukaTaruna Terima kasih kepada semua yang hadir. Untuk permulaan, projek newbie ini berjaya mengumpulkan hampir 100 orang. Tetapi mungkin jarak perjalanan 2.6km terlalu jauh untuk kumpulan kecil, maka yang berjaya menghabiskan lebih 5km pergi dan balik hanyalah sekitar 30 orang. Paling respek MP Kota Bharu. Beliau diambang bersara. Turun kalau semata2 nak beli nama tak logik. Dengan kehadiran 100 orang, beliau tanpa rasa malu hadir. Hadir atas kapasiti anak Kelantan. Tidak kisah dengan syarat awal AJK Walk 4 R supaya tiada monopoli speaker oleh orang politik. Berjalan sehingga melepasi jarak 2km sebelum bergegas memenuhi program lain. Terima kasih kepada rakan luar Kelantan yang hadir. Terima kasih kepada anak Kelantan sendiri. Terima kasih rakan UMNO Kelantan yang selesa hadir tanpa logo politik. Terima kasih semua termasuk MSK yang gua belajar cara2 setup melalui penulisannya. Semoga kehadiran W4R yang akan datang lebih besar jumlahnya. Jumpa malam ini di Pantai Sri

Sejarah pertama dicatat esok.

Terima kasih kepada rakan-rakan luar yang turun ke KB, bermalam atas lantai bersama-sama untuk memberikan solidariti kepada rakan-rakan Kelantan.

Beza bergambar BERSIH RAKYAT dan 'BERSIH' palsu UMNO

Ini BERSIH Original dari rakyat. Dah macam ayam daging pakai bikini dah gua tengok. Mak sape la ni. Panggil2la balik rumah.

Gambar tandatangan Ust Azhar Idrus.

24 Mei 2012. Ketika kempen CABAR (Solidariti Anak Bachok Tuntut Darat Minyak ke Bachok), sebuah anak fokus gerakan R. Sumber gambar oleh Cendawan Hijau. Ini pulak projek hasutan atas jambatan. Sabtu ni boh. 2 pm. Berkumpul di Petronas KB Mall. Memember luar Kelantan sudah berkampung dan berkubu di Kota Bharu. Projek newbie ini akan menjadi perintis projek besar masa hadapan. Insyaallah.

26 Mei. Hari anak Klate bangun melawan.

 Sebelum dipertikaikan status gua, gua terpaksa tepek gambar anak Klate gua ni. Ngaa..  So, tajuk N3 selari dengan gua. Anak Klate. Bapak jer bukan. Bagaimanapun, memember gua dari luar ramai turun bagi sokongan kepada memember Klate. Memang best siot ada memember macam nih.  Gua dah jadi peserta BERSIH 1.0. Masa tu sikit jer berbanding BERSIH 3.0. Skang peluang lu orang plak. Jadilah sebahagian dari sejarah pertama demo jalanan di Kelantan. Walk 4 R #1.

Video Melayu Hutan mengganas guna nama Islam.

Ramalan debat Khairy - Azhar Idrus, Khairy - Tantawi

[1] Khairy : PTPTN diwujudkan untuk membantu pelajar menempatkan diri di IPT. UAI : PTPTN riba. Riba hukumnya haram. Khairy : Jika begitu, sila berikan cadangan penyelesaiannya. UAI : Mung nak lawang Allah ko? Ambil tali, ikat kat tekok. Kafir laknat mung. [2] Khairy : PTPTN diwujudkan untuk membantu pelajar menempatkan diri di IPT. "Laillah!" (Khairy melatah sebab pen terjatuh) Tantawi : Boleh jatuh akidah kalau sebut 'tiada tuhan." Khairy : Yer.. yer.. saya minta maaf. Kita kembali debat PTPTN Tantawi : Hal akidah bukan soal minta maaf pada manusia. Ini kena bertaubat.

Ulasan debat Khairy vs Pemuda PAS

Oleh : AdukaTaruna Opss.. silap. Intelek Pemuda PAS hanya muncul bila artis tersilap baca skrip. Atau artis membaca skrip yang meragukan. Bukan pemuda PAS. Tapi Rafizi. Gua takmo fokus bab point debat. Semua boleh menilai. Dan gua sendiri pun ada dasar cadangan untuk pendidikan. Tapi belum dizahirkan lah. Cuma nak citer bab Khairy nih. Ramai kata beliau bijak. Termasuk member gua sendiri. Si Topeng. Kalau bijak berpolitik, maybe. Maybe sahaja. Tapi kalau bijak dalam memikirkan dasar negara, gua fakap sahaja. Pada gua, Khairy sedia berubah apabila dirinya terpulau. Dalam keadaan lanskap politik selepas PRU12, beliau terpaksa mengapungkan dirinya dari tenggelam. Gua percaya inilah pembolehubah Khairy sebenar. Khairy sanggup hilang berbulan lamanya bagi memasuki askar Wataniah. Khairy berjaya dapat sayap terjun payung. Khairy tampil dalam debat isu-isu terpilih. Yang dia pilih sendiri. Banyak cabaran debat yang dia takut. Khairy tampil berdemo ketika BERSIH 2.0 juga berdemo. Se

Seruan catat sejarah 26 Mei ini.

Catatan Kota Bharu - Bukit Jalil

Oleh : AdukaTaruna [1] Perjumpaan 6 orang di Kedai Tom Yam. Gua, Jeming, Topeng, Syam, Ayie dan Mike menghasilkan 2 plan hasutan untuk perjuangan hasil bumi Kelantan. Pertama pada 19 Mei 2012 sempena Final FA Cup di Bukit Jalil. Kedua 26 Mei 2012. Gua mencadangkan hasutan menggunakan simbol. Tak perlu taip panjang2 sampai 16 huruf (R O Y A L T I   P E T R O L I U M). Setelah bertekak, akhirnya plan pertama siap. Huruf R dipilih sebab rakyat mudah tiru, cetak dan sebarkan. Syam Ghaz mengepalai projek. [2] Asalnya gua akan follow Jeming and geng. By bas. Dana hasil derma rakyat dan peniaga2 Kelantan. Juga duit poket sendiri. Gua setup aktiviti hasutan malam final. Start 10 malam. Memember KL sedia membantu. Then, tukar plan. Jeming ketuai team bas. Mereka diberikan tugas menyeludup bahan2 ke stadium. Gua akan masuk team Syam Ghaz dan Ayie Prop. Guna Hilux. Topeng dan Yie BP akan follow by Myvi as bekap transport. Malangnya, kedai printing gagal siap. Jam 6 petang baru gu

Perasmian PASTI GEMBIRA

Alhamdulillah. PASTI GEMBIRA yang sudah beroperasi selama beberapa bulan, kini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Brother Taufik. Tq aa bro.. Menurut saudara Dayat, semoga dengan pembukaan PASTI di kawasan elite (Taipan Senawang), dapat mengisi ruang vakum pendidikan anak-anak muslim di sini. Terima kasih kepada semua penderma, penyokong kepada penubuhan PASTI ini. Semoga pendidikan berasaskan Islam kembali mendapat tempat oleh ibu bapa. PASTI GEMBIRA menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Kira anti PPSMI la. Ngaa... Gambar-gambar perasmian. Banyak lagi gambar di sini.

Perjuangan hasil bumi di Stadium Bukit Jalil

"Barang siapa yang berkemampuan untuk hadir memberikan solidariti, tetapi tidak, maka; termasuklah mereka itu dalam kumpulan tarian punggung UMNO." Imam AdukaTaruna

Beberapa perkara yang gua nak share.

Oleh : AdukaTaruna [1] Perkara pertama yang gua nak share pendapat ialah mengenai muzakarah yang dilontarkan Hadi Awang semalam. Beza muzarakah semalam dan muzakarah dulu ialah gelap dan terang. Memang ada yang curiga sebab barang muzakarah ni bermula oleh ulama bangang myang memilih pendekatan gelap dan mencetus fitnah. Alhamdulillah, rakyat berjaya bangkit dan hasilnya ulama bangang ada yang kalah, dan ada yang terkepung sekarang ni. Untuk muzakarah semalam, terlatest punya, gua berpendapat, ianya perlu berlaku. Dengan syarat pertama, dilakukan secara live. Baik ustream, baik TV. Gua mahu rakyat terutama Melayu Hutan tahu hujah di mana titik PAS-UMNO tidak boleh bersama. Di mana titik PAS-UMNO boleh bersama. Ini sangat penting menjelang PRU13. Syarat kedua pula ialah panel muzarakah dari PAS tidak total kepada kem muzakarah gelap. Jap lagi, Hadi + Harun + ABC bermuzakarah dengan UMNO, dengan live plak tu, mampos kena bahan dek ulama muda UMNO. Ianya perlu disertai secara seim

Ingat (R), ingat perjuangan hasil bumi Kelantan.

Ini adalah perjuangan anak bangsa. Ini adalah maruah sejenis baka. Sertai perjuangan dalam program KKE'MOH pada malam Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil. Dan sertai perjuangan dalam demo jalanan 'Peace Walk' pertama di Kelantan pada 26 Mei ini.

Gambar Sharizat sengaja biadap pada orang Cina

Utusan Malaysia sengaja cetus perbalahan kaum dengan menerbitkan gambar Sharizat menyuap makanan kepada Cina dengan tangan kiri?

Insiden kantol dengan mak mertua.

Oleh : AdukaTaruna Anak gua sejak koya dapat kaki sikit2 ni, buas ya amat la. Pada suatu hari (macam karangan budak2 la plak), bini gua ada kerja. Gua plak nak kejar masa. Mandikan anak gua, pastu pakaikan baju. Bab nak pakai pampers, macam bertomoi dengan anak sendiri dah gua rasa. Sebelum pakai pempers kena bedak dulu. Anak gua plak tak bleh dalam posisi terlentang. Automatik dia akan meniarap dan merangkak. Kalau paksa dia lentang, kaki dia akan menerajang2. Nak pakai bedak caner nih? Masa darurat dah ni. Gua pun ambil deodoran gua jenis spray. Gua spray. Pssttt... psssttt.. sekali mak mertua gua nampak. ngaaa....

Video pelawak Astro mendatangkan gelombang DISLIKE.

Oleh : AdukaTaruna Ini antara kumpulan yang gua nak tengok keadaan mereka selepas Malaysia Lama berakhir. Ketika sejarah Malaysia Baru ditulis. Mesti cerita U Turn, diugut, periuk nasi, bertaubat, kesal akan menjadi mainan bibir.

Persediaan demo jalanan pertama di Kelantan.

  Detail akan diumumkan kemudian.

Husam sudah mula berperang

 Husam dalam pertemuan dengan lebih 50 NGO Melayu seluruh Malaysia, malam tadi. Husam bersama 13 pengamal media baru pro UMNO Johor, di kediamannya. Walau hanya 3 dari mereka bersetuju tidak akan memfitnah peribadi lawan, tetapi gua percaya pertemuan itu sedikit sebanyak menbentuk fikrah mereka.

Arab Saudi keluar senarai warga Malaysia dilarang kerjakan haji.

Riyadh 9 Mei - Arab Saudi hari ini mengeluarkan sejumlah senarai nama individu yang diharamkan memasuki negara itu, termasuk mengerjakan haji. Senarai nama yang difakskan ke Kedutaan Arab Saudi di Malaysia itu diserahkan ke Wisma Putra petang tadi. Antara nama yang dikeluarkan ialah Salim Iskandar, Shaik Hussein Mydin, Novandri, Musa Sheikh Fadzir menjadikan keseluruhan mereka 30 orang. Dalam satu sidang media, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Syeikh Qaad Ibrani, ketika ditanya sama ada senarai nama itu dikeluarkan kerana BERSIH 3.0 tempoh hari, menafikan demikian itu. Ujarnya kerajaan Arab Saudi mahu pengesahan dari kerajaan Malaysia sama ada mereka ini rakyat Malaysia atau India. - ABF

Malam Hasut Anak Muda (MAHAM)

Semua yang mahu menghasut. Sosialis, Islamis, Komunis, Pengemis, Opportunist. Dan siapa yang rela diri dihasut, dijemput hadir. Malam Hasut tanpa panji jenama politik. 

Jangan report Talian Nur bidio ni plak.

Video yang tak sanggup gua tengok sampai habes.

Pada gua, sebenarnya ada hikmahnya Allah takdirkan gua blah awal sebelum keganasan pihak polis. Gua jenis melawan. Polis (ketika berkumpulan) plak lagi la lawan dengan orang yang melawan. Maybe ada baiknya takdir pertembungan itu tidak berlaku kot. Wallahualam. Begitu juga dengan video nih. Tak sanggup gua nak habiskan. Siapa sanggup lihat sendirilah. Ambil iktibar supaya kita menjadi lebih baik dari semalam. Amin.

Bila Namewee sabotaj BERSIH

Ini kembar seiras Namewee. Jeming Hassan. Aktivis politik Kelantan. Haha Patutlah Namewee sangat kebal.

Gua nak tampar TGNA Jumaat nih.

Terima kasih Rahim Noor kerana telah memberi gua hidayah.  Rupa2nya selama ini anak gua ditahnik, didoakan oleh bapa kafir. Tiunama. Sultan Kelantan juga menjadi makmum kepada bapa kafir. Jumaat ni gua lempang TGNA time beliau bagi kuliah.