Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

MERDEKA : Cadangan format negara Malaysia di masa hadapan.

MERDEKA : Cadangan format negara Malaysia di masa hadapan. PERTAMA, Ini adalah bacaan yang panjang dan berat. KEDUA, ini adalah cadangan yang dikemukakan secara ilmiah di bawah demokrasi negara. Ada 2 perkataan. REPUBLIK dan PEKERJA. Satu konsep sebuah negara. Yang dicadangkankan paling adil untuk manusia di dalamnya. Republik Pekerja Malaysia. Republik bermaksud tiada raja. Satu susuk pemerintahan yang tidak boleh dijatuhkan dari mana-mana saluran pemilihan. Saluran demokrasi. Ini sistem yang tidak adil. Rakyat perlu mempunyai sistem tersusun dan bertamadun untuk menukar siapa sahaja yang mereka tidak setuju. Pekerja bermaksud rakyat yang berusaha. Dengan titik peluh. Dengan keringat. Konsep PEKERJA ini akan diangkat menjadi satu falsafah utama dalam pembentukan negara yang dicadangkan ini. Malaysia adalah satu negara yang terhasil, hasil dari kemenangan British, penjajah Tanah Melayu ketika itu, meletakkan bonekanya bernama UMNO menjadi agen pemerintah. Masa tidak dapat diundu

Surat Aktivis Kelantan kepada kerajaan Brunei

Surat ini akan diposkan pada Ahad. 18/08/13. Pejabat pos Kota Bharu. Insyaallah. Aktivis Kelantan (AK03) ___________________ ___________________ ___________________ 18 Ogos 2013 ____________________________________________________________________________ Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan BB3913 Negara Brunei Darussalam. Assalamualaikum WBT, Kebawah Duli Yang Mulia Sultan PER : SURAT RAYUAN PELABURAN LEBUHRAYA NEGERI KELANTAN . Dengan rendah rasanya, tajuk di atas adalah dirujuk. Pihak Aktivis Kelantan (non government organization) atau lebih dikenali AK03 terlebih dahulu menjelaskan situasi rakyat Kelantan secara asas. Rakyat Kelantan dinafikan hak demokrasi pilihan mereka sendiri selama 23 tahun. Dalam fokus surat rayuan ini, keperluan jalan raya sempurna dan selamat sangat kritikal. 98% muslim dan 2% buk

Kelantan yang gagal?

Oleh : AdukaTaruna Aktivis Kelantan (AK03) menyokong setengah isi dari kenyataan Dr Agus dan setengah dari penjelasan Ustaz Fadhli berkenaan prestasi kerajaan Kelantan. Cumanya, Aktivis Kelantan lebih menitik beratkan pokok berbanding bunga. Sistem berbanding paparan. [1] Sistem pembentukan kerajaan Kelantan selepas PRU13 sangat mengaibkan. Kita lihat gambar sejarah yang terakam berbanding negeri lain. Lihat angkat sumpah Menteri Besar di Johor, Selangor dan negeri lain. Teratur, tidak gopoh atau kelam kabut. Penuh istiadat. Lihat negeri Kelantan. MB angkat sumpah hanya di depan sofa dan meja kopi. Kemudian, selepas itu barulah istiadat. Sistem yang lebih malang lagi ialah, pembentukan kerajaan Kelantan tidak berpaksi kepada Parti Islam SeMalaysia, apatah lagi hasil keputusan demokrasi 1.5 juta pengundi Kelantan. Tetapi pembentukan itu berpaksikan kepada pendapat istana yang terdiri dari kurang 20 orang dan hanya dari sebuah keluarga. Maka, jika inilah sistem awal yang terben

Lailatul Qadar berlaku di N9

Share kok sonak lopeh baco. Ni ceghito bonar. Di ceghito an turun temurun. Koba eh, bolaku di tahun 50an. Lokasi eh di noghori 9. Zaman maghin sughau dibuek daghi buluh. Buluh tu di bolah 2. Dinding eh buluh. Lantai eh buluh. Tanggo eh buluh. Lantai eh pun buluh. Atap eh yo ghumbiyo. Tibo time solat, adollah jomaah tiap2 waktu kek sughau tu. Dapek la 7,8 oghang jo dongan soghang imam yg dah tuo dan uzur.Tapi taat jadi imam. Nak jadi an cito, satu insiden yg tak pornah terjadi. Maso tahyat akhir, imam tetibo monangih. Toesak2. Monitik air mato. Makmum pun turut sobak jadi eh. Kompom dapek lailatul qadar nih. Tapi dek lamo eh monangih, makmum dah mulo polik. Kok yo pun sobak, dapek lailatul qadar, apo pasal tak boghi salam dari tadi? Kaki dah somut2. Tak ghaso apo dah ni. Dek tak dapek nahan sabar, soghang makmum bingkeh bangun. Molughu kek pak imam. "Apo kono eh mam? Lailatul Qadar ko?" "Lailatul qadar abah kau. Tolo den tosopit kek colah buluh ni aaa..."

Surat Neelofa kepada perwakilan PAS

(1) Langkah pertama segala masalah rakyat seperti Lynas, Royalti, Felda, dasar ekonomi (sekadar beberapa contoh); adalah mendapatkan Malaysia Baru. Dari Malaysia Baru, maka bermulalah satu kerajaan yang masih belum kuat untuk melakukan kejahatan. Media sedia ada belum tentu berpihak kepada Malaysia Baru bagi menyembunyikan kejahatan yang dilakukan. (2) Keputusan PRU13 menyaksikan kegagalan PAS memecah ketakutan 'Melayu Hutan' terhadap perkara2  seperti ketuanan Melayu, DAP, bible dan sebagainya yang berasaskan sentimen sempit. Kawasan Melayu Hutan dalam PAS diserahkan kepada golongan konsevatif. Golongan ini gagal. Kawasan Melayu Bandar dalam PAS pula diserahkan kepada golongan liberal. Mencatatkan kejayaan.cuma, perkara buruk berlaku apabila golongan konservatif campur tangan. Contohnya isu Kota Damansara dan Sungai Acheh. Sejak inilah PAS hilang kepercayaan jutaan anak muda pelbagai kaum dan fikrah kecuali sedikit anak muda yang berfikrah konservatif. (3) Berbalik ke

Bukan sebab agama. Tapi kuasa ekonomi.

(1) Nak dapatkan kuasa ekonomi, perlu dapatkan kuasa pasaran. Jika terbatas pasaran di negara sendiri, wajib dapatkan pasaran negara orang. Nak dapatkan kuasa pasaran, maka kuasa ketenteraan perlu kuat. Boleh menekan negara orang dengan kekuatan. Nak dapatkan kuasa ketenteraan, maka perlu menjadi kuasa ekonomi. Ini asas apa yang berlaku dalam dunia. (2) Dunia kini menjadi 2 paksi kuasa. Pertama blok Russia. Kedua blok US. Tidak ada blok Kristian atau blok Islam. Sunni atau syiah sebenarnya. Itu hanya kulit yang membenarkan tindakan. Kebanyakan peperangan di negara2 dunia melibatkan 2 paksi ini. Saling berebutan untuk pasaran negara tersebut. Perang Vietnam sebenarnya perang US-Russia. Korea, Afghanistan, Iran-Iraq, dan lain-lain. Perlawanan senjata juga melibatkan senjata US lawan senjata Russia. (3) Blok Russia adalah Iran, China, Korea Utara, Iran dan negara2 sosialis latin. Blok US adalah negara komonwel, sebahagian besar Asia, Arab dan Eropah. Termasuk Malaysia yang claim